Skip to main content

Soundproofing dan Sound Absorption Malaysia - Apa Perbezaan?

SOUNDPROOFING DAN SOUND ABSORPTION MALAYSIA - APA PERBEZAAN?


Alat kalis bunyi (sound proofing) dan alat serap bunyi (sound absorption) sering membuatkan pengguna keliru mengenai apakah fungsi dan perbezaan antara kedua-dua alat ini. Sudah tentu secara ringkasnya, pengguna pasti tahu bahawasanya kedua-dua alat ini berfungsi sebagai mengawal gangguan bunyi. Sungguhpun begitu, perlu diketahui bahawa terdapat jurang perbezaan daripada sudut fungsi dan kaedah alatan tersebut untuk menangani masalah berkaitan bunyi. Jadi untuk memahami lebih lanjut mengenai fungsi soundproofing dan sound absorption, demikian perkongsian ringkas mengenai fungsi kedua-dua alatan ini.

Dalam menjalani kehidupan seharian, ada kalanya kita pasti terganggu dengan pelbagai bunyi bising yang tidak diingini di sekeliling kita. Apatah lagi, apabila bunyi berkenaan tersebar sehingga menyebabkan emosi kita terganggu apatah ketika berehat di ruang peribadi sama ada di kediaman dan pejabat. Sehubungan itu, setiap orang pasti mencari penyelesaian terbaik mengatasi masalah ini dengan memasang alat kalis bunyi (soundproofing) atau serap bunyi (sound absorption).
Untuk Kalis Bunyi
Untuk Serap Bunyi 
Jangan memandang ringan masalah bunyi kerana ia bukan sahaja masalah individu, malahan premis seperti perniagaan, sekolah, restoran, pawagam, dewan dan hospital antara bangunan yang sering bergelut untuk mengatasi masalah gangguan bunyi. Masalah gangguan dan pencemaran bunyi sendiri terbahagi kepada situasi tertentu antaranya dalam sesetengah situasi, gangguan bunyi yang terhasil dalam ruang bilik perlu dikurangkan, manakala terdapat juga situasi gangguan bunyi dari luar perlu dihalang dari memasuki ruang bilik.

Secara amnya, bagi mengatasi masalah gangguan bunyi, penyelesaian mutlak yang sering  menjadi pilihan kita adalah dengan memasang alat kalis bunyi (sound proofing) dalam ruang yang terlibat. Malahan, penyelesaian yang sama juga sering digunapakai oleh pengguna secara umum untuk mengawal gangguan bunyi. Ramai tidak tahu terdapat kaedah lain untuk mengawal gangguan bunyi iaitu menerusi pemasangan alat serap bunyi (sound absorption) selain kaedah popular umum iaitu menggunakan alat kalis bunyi (sound proofing).

Fungsi kegunaan kedua-dua alat ini perlu difahami supaya pilihan tepat boleh dilakukan. Alat kalis bunyi (sound proofing) berfungsi untuk menghalang gangguan bunyi, manakala alat serap bunyi (sound absorption) merujuk kepada pemasangan bahan pada dinding atau siling untuk menyerap bunyi dalam ruang kecil tertentu. Penerangan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara fungsi alat kalis bunyi (sound proofing) dan alat serap bunyi (sound absoprtion).
Perlu difahami bahawa fungsi alat kalis bunyi dan alat serap bunyi berbeza, jadi sedikit perkongsian mengenai perbezaan kedua-dua alatan ini diharapkan mampu memberi informasi bermanfaat.

Alat Serap Bunyi 

Mengawal pencemaran bunyi menerusi alat serap bunyi (sound absorption) merupakan kaedah paling efektif untuk mengurangkan echo dan bunyi dalam sesebuah ruang. Produk alat serap bunyi diperbuat daripada bahan yang lembut bertujuan menyerap bunyi. Katalog Lovelyteik umpamanya, menyediakan variasi alat serap bunyi yang didatangi dalam pelbagai reka bentuk terdiri daripada acoustic wall panel dan acoustic foam (egg shape, rockwool dan sound insulation foam). Kesemua produk yang ditawarkan Lovelyteik direka khas untuk mempunyai keupayaan menyerap gangguan bunyi sesuai dengan kepakaran para jurutera di LovelyTeik. Lovelyteik boleh dipasanga di mana sahaja untuk menyerap gangguan bunyi sama ada di pejabat, kelas, echo dalam dewan orang ramai. Kelebihan Lovelyteik adalah barisan produknya sesuai dipasang di mana sahaja sama ada di dinding atau siling untuk menangani masalah pencemaran bunyi. Biarpun alat serap bunyi merupakan terma asing dalam mengatasi masalah pencemaran bunyi, Lovelyteik yakin alat serap bunyi merupakan penyelesaian yang terbaik malah kami komited membangunkan teknologi ini.

Alat Kalis Bunyi

Alat kalis bunyi direka dengan bahan penebat bunyi untuk pencemaran bunyi dari masuk atau keluar dari ruang seperti bilik. Bahan alat kalis bunyi lazimnya diperbuat daripada pepejal dan bersifat berat bersesuaian dengan fungsi alat tersebut untuk memantulkan bunyi dalam sesebuah ruang. Alat kalis bunyi bagaimanapun bukan pilihan utama untuk mengurangkan pencemaran bunyi dalam kalangan pengguna, tetapi terdapat beberapa situasi alat kalis bunyi amat sesuai untuk dipasang. Contohnya, ruang teater, pawagam, studio TV dan radio memilih untuk memasang alat kali bunyi untuk menyelesaikan masalah gangguan bunyi. LovelyTeik telah bekerjasama dengan pelbagai uji kaji dan projek membuktikan kesesuaian alat kali bunyi. Bertempat di ruang mesyuarat video Coway dan dewan projects dari JKR, kami memasang penghalang bunyi akustik di bahagian dinding untuk mengurangkan penyebaran bunyi ke bilik berdekatan. Secara ringkas untuk meghalang bunyi dari keluar dari sesebuah bilik dan tersebar, alat kalis bunyi (soundproof) merupakan pilihan yang terbaik.
Jadi, demikian perbezaan antara alat kalis bunyi (sound proofing) dan alat serap bunyi (sound absorption). Secara ringkasnya, alat kalis bunyi untuk menghalang bunyi, manakala alat serap bunyi berfungsi untuk menyerap bunyi.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

More Than 80 Patterns Wainscoting in Selangor

Wainscoting Specialist  Think your wall is too blank and dreary? We have more than 80 patterns, sizes and design in wood skirting that cater to install wainscoting and wall panel. Lowest Price  If you think wall panel in a small size is fit to your home, you can opt for these smallest sizes. With simple and small style, it also wouldn't exceed the budget you set if you have any as all prices come below RM 1.20/feet(Kaki). You may refer to the below example which is single frame pattern. Most Selling       Of course, our most selling pattern have more than that but we can't list all out here. (Just Whatapps us ya if you wish to view the full set.) Most of the time customer choose over medium size because of its affordable price as well as aesthetic appeal. For the best of common design which you may see it in nearly everywhere, there will be a longer frame on the upper and bottom portion of the wall with a few smaller frame in horizont

Bungalow Home Wainscoting Design KL Selangor

Bungalow Home Wainscoting Design KL Selangor LovelyTeik is a wood supplier that supply all kinds of timber products for home furnishing and renovation, range from handrail, railing, moulding, skirting, window shutter and so on.  Let me lay out a few designs for you. 1. Half Wall Wainscoting With One Layer Of Chair Rail Baseboard at the bottom Solid Wood - Kayu Nyatoh Supply & Install Exclude painting(DIY)  2. Full Wall Wainscoting With One Layer Of Chair Rail Baseboard at the bottom Solid Wood and Two Frames - Kayu Nyatoh Supply & Install Exclude painting(DIY)  3. Raised Panel Wainscoting aka Kayu Panel  - Kayu Nyatoh Supply & Install Exclude painting(DIY)  Most of the times, all wood are selling at pieces in local Malaysia. The price will vary according to length, sometimes it will go as standard lengths around 6ft to 9ft. It depends on your preference. You may check out here .