DYNO ROOM SOUNDPROOF SPECIALIST MALAYSIA Jurutera di LovelyTeik bekerja saban hari untuk memastikan kualiti produk terjaga dan terbaik sebelum dipasarkan kepada pelanggan. Produk serap bunyi dan kalis bunyi yang berasaskan foam dan span merupakan kepakaran utama kami. Selama 15 tahun ini, kami telah berurusan dengan pelbagai latar belakang pelanggan yang amat kami hargai malah majoriti daripada pelanggan ini kami anggap sebagai sahabat dan kenalan rapat kami. Mereka adalah sahabat LovelyTeik kerana mereka bukan sahaja pengguna malah mempromosikan produk kami disebabkan oleh keberkesanan dan piawaian kualiti produk keluaran Lovelyteik. Sepanjang lebih sedekad berada dalam industri yang menfokuskan kepakaran mengawal bunyi, kami telah memasarkan lebih 1,500 produk di seluruh Malaysia. Sudah tentu, LovelyTeik akan menawarkan produk pada harga berpatutan dan kompetitif. Namun apa yang penting, kami menyediakan perkhidmatan pintu ke pintu untuk pelanggan yang kami hargai. Varia...